Kursus eRezeki Global High Income (eghi)
20 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2018 telah diadakan Kursus Kursus eRezeki Global High Income (eghi) di Pusat Internet Batu Gajah. Seramai 20 orang peserta telah menyertai program ini. Program eRezeki adalah berdasarkan konsep “crowdsourcing”, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital.
Melalui eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian. Dengan menyertai program ini, peserta akan mendapat peluang bekerja secara sambilan dan memperoleh pendapatan tambahan. Tugasan-tugasan diperolehi daripada pasaran antarabangsa atau syarikat tempatan. Pusat eRezeki juga telah ditubuhkan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara, bagi membolehkan rakyat yang mempunyai akses terhad kepada infrastruktur ICT yang baik untuk mengambil bahagian di dalam program ini. Pusat eRezeki akan menyediakan latihan dan bantuan untuk memastikan peserta mendapat manfaat sepenuhnya daripada program ini.
Di arena internet, terdapat beberapa kaedah untuk menjana pendapatan tambahan, termasuk melalui laman-laman yang menawarkan tugasan mudah seperti Fiverr dan sebagainya. Terkini, dalam usaha memperkaya ekonomi digital pengguna tempatan, pihak MDeC turut hadir dengan sebuah perkhidmatan khusus dinamakan sebagai eRezeki, sekaligus memudahkan pengguna tempatan untuk menjana pendapatan tambahan melaluinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: